Ketika Aku Sudah Tua

Semasa menggelintar kiriman-kiriman email, saya terserempak dengan satu email lama yang entah! Saya sudah tidak ingat lagi malah tidak kenal siapa pengirimnya. Tergelak pula sekejap sebab sudah lama email ini tersimpan tapi saya tidak pernah membuka attachmentnya. Setelah hampir 10 tahun dalam folder khas baru hari ini dibuka dan dibaca. Heerrmmmm!! Menarik juga kandungannya. Jadi, biarlah ini menjadi satu perkongsian di sini, sekadar pencentus idea. Tajuk attachment pun boleh tahan juga… “Ketika Aku Sudah Tua!“…  Sesuai untuk anda yang tahu makna menghargai sinar mutiara dari kasih sayang insan-insan bergelar ibu bapa. Selamat menghayati!

******>>>>

Ketika aku sudah tua, bukan lagi aku yang dulu.

Mengertilah, bersabarlah sedikit terhadap aku. Ketika pakaianku tertumpah sup, ketika aku lupa bagaimana mengikat sepatu, ingatlah bagaimana dahulu aku mengajarmu. Ketika aku berulang-ulang berkata-kata tentang sesuatu yang telah bosan kau dengar, bersabarlah mendengarkan, jangan memutus pembicaraanku. Ketika kau kecil, aku selalu harus mengulang cerita yang telah beribu-ribu kali ku ceritakan agar kau tidur.

Ketika aku memerlukanmu untuk memandikan ku, jangan marah padaku. Ingatkah sewaktu kecil aku harus memakai segala cara untuk memujukmu mandi? Ketika aku tidak faham sedikitpun tentang teknologi dan hal-hal baru, jangan mengejekku, fikirkan bagaimana dahulu aku begitu sabar menjawab setiap “mengapa” darimu.

Ketika aku tak dapat berjalan, hulurkan tanganmu yang masih kuat untuk memapahku. Seperti aku memapahmu saat kau belajar berjalan waktu masih kecil.

Ketika aku seketika melupakan pembicaraan kita, berilah aku waktu untuk mengingat. Sebenarnya bagiku, apa yang dibicarakan tidaklah penting, asalkan kau di samping mendengarkan, aku sudah sangat puas.

Ketika kau memandang aku yang mulai menua, janganlah berduka. Mengertilah aku, dukung aku, seperti aku menghadapimu ketika engkau mulai belajar menjalani kehidupan.

Waktu itu aku memberi petunjuk bagaimana menjalani kehidupan ini, sekarang temani aku menjalankan sisa hidupku. Beri aku cintamu dan kesabaran, aku akan memberikan senyum penuh rasa syukur, dalam senyum ini terdapat cintaku yang tak terhingga untukmu.

Advertisements

Suria FM Sabah – Dedikasi untuk Pendengar-pendengar Setia

Stesen radio paling hangat di kalangan pendengar-pendengar di Sabah, Suria FM, kini  membuka sebuah studio khas untuk siaran di negeri Sabah yang diberi nama Suria FM Sabah.  Majlis perasmian studio baru ini telah dirasmikan oleh Timbalan Ketua Menteri Sabah, Tan Sri Datuk Seri Panglima Joseph Pairin Kitingan yang juga merupakan tetamu pertama yang bersiaran secara langsung di radio Suria FM Sabah.

dj othoe
DJ Othoe bersama Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Joseph Pairin Kitingan di Studio Suria Fm di One Borneo, Kota Kinabalu.

Suria FM Sabah beroperasi bermula 1 mac lalu di Tingkat 2, 1 Borneo Hypermall, Jalan Sulaman, Kota Kinabalu. Siarannya boleh diikuti menerusi frekuensi 105.9 FM di sekitar bandaraya Kota Kinabalu. Selain menyajikan lagu-lagu tempatan dari pelbagai bahasa etnik di Sabah, Suria FM Sabah juga turut memutarkan lagu-lagu komersial artis dalam dan luar negara. Lagu-lagu disusun mengikut citarasa para pendengar.

Suria FM Sabah tidak hanya mementingkan hiburan semata-mata, malah lebih dari itu ia cuba untuk menjadi medium dalam mempromosikan aktiviti masyarakat khasnya di Sabah yang meliputi aktiviti kebudayaan, perayaan dan juga isu-isu tempatan dan luar negeri. Satu konsert besar-besaran sempena meraihkan pendengar Suria FM Sabah telah diadakan pada 5 Mac 2011 lalu yang bermula dari jam 8 malam hingga jam 2 pagi. Konsert tersebut yang berlangsung di Boulavard Lane 1 Borneo Hypermall membariskan persembahan oleh artis-artis terkenal temapatan dan tanahair seperti Jimmy Palikat, Peter Dickie Lee, The Devine Master, Abu Bakar Elah, Adira, Adam, Stacy, Hattan dan Amy Search.

Suria FM Sabah diterajui oleh tiga orang DJ penyampai yang cukup berkaliber iaitu DJ Othoe,  Lotter (Dudu ) dan Velvet. Pastinya mereka akan mengalas tugas dengan penuh dedikasi khas untuk pendengar-pendengar Suria FM Sabah.